CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 26 April 2012

tag AISYI...


nila hasilnya tag yang aku wat untuk lekatkan dekat muka depan surah yassin yang akan aku bagi masa majlis Aqiqah dia 01.06.2012 ni nanti..untuk ornag marhaban..huhuhuhu :)..

Wednesday 25 April 2012

baju pengantin...

salam sumer...erm..pagi-pagi dah pikir corak camnerla aku nak jahit untuk baju nikah makteh..dahla manik pun belum beli..pening-pening..

pada makteh jangan riso k..saya akan siapkan sebelum majlis..2 pasang tu..pening kepala den pikir benda..aku adala try search kat internet design apakah yang akan aku buat..hah!!! jumpa pun..hopefully ok aku wat macamni...


 ok tak design macamni..aku nak wat cmni jela..

nak beli manik kat pidi keje kat putrajaya..nak suruh husband beli..entah ape-ape yang dia beli nanti..terpaksela cari kat seremban kot petang ni..

nanti dah siap aku masukkan dalam entry k..hope dapat siapkan b4 majlis..bersengkang matala mulai esok.. rezeki-rezeki..alhmadulilh.. :)

Monday 23 April 2012

shopping time..

salam sumer..lamer betul aku tak update entry kan..nak citer ni..minggu lepas..aku,makteh n ain g jln TAR..yela..makteh nak kawin bulan 6 ni...n si ain pulak sjer jer nak survey2 baju pengantin..yang aku rasa ralat sangat tu..dah nak balik baru aku teringat kenapa aku tak amik gambar masa tgh shoping tu...adoiyai..rugi bebetul..tapi tkpela..aku masuk entry ni untuk kongsi ngan korang aku g shopping..

erm..pe lagi..sampai je kat sne aku shopping tudung..tak yah cakapla...sakan siot...dorang-dorang yang nak kawin tu carila pe yang patutkan..aku g naik komuter sampai KL Sentral..pastu amik LRT g Masjid Jamek lak..pastu jalanla kaki...sampai jln TAR..

aku lau g mane-mane tak pernah lupa bli barang-barang ank aku...aku belikan dia topi ala-ala bob maley gitu..pastu gelang lady bird n stokin tp mcm kasut..cmner tu eik..huhuhu :)..selamtla dorang tarik aku..lau tak memang habis wit aku bli barang-barang ank aku yang comey tu...

 nila topi yang bli kan untuk anak aku..nt aku masukkan gambar-gambar yang aku shopping k..

lepas dah penat shopping kat jalan TAR aku g SOGO lak..erm..biasala SOGO..memanjangnyer SALE... makteh sponser aisyi baju n suar untuk majlis kawin dia nanti...penat sangatla..tapi memag best...seronok...

orang tak pyah cakap..time gaji ker..tak time gaji ker..orang tetap ramai..cmner tu.???..

k la sambung nanti yer..daaaaaaaa.....

Tuesday 17 April 2012

edit - mengedit..

 salam sumer..hari ni aku tetiba nak edit gambar aku..jom layan...





Monday 16 April 2012

GERBANG CINTA UTUSAN MALAYSIA (episod4)

salam sumer.......mesti korang sumer boringkan asyik citer pasal gbc jer..ok2..yang mane taknak baca tu leh terus ke button X tu k..yang nak baca teruskan...alamak..garanyer hari ni..biasa r..hari isninkan...ahahahahah :D

lepas dah g photoshut tu sumer..kitorang kenalah buat blog n cari undian daripada orang ramai....korang sumer leh terus ke link ni n entry-entry yang pernah aku update dulu..n aktiviti kitorang untuk mencari undian..

lepas dah buat tu sumer selama sebulan lebih kot..pastu keputusan diumumkan..aku hanya berjaya di tempat ke-4 setelah undian ditutup..tu pun alhamdulilah..aku dapat tajaan perkahwinan masa malam berinai aku kawin tahun 2010 lalu..ditaja oleh KAMPUNG PENGANTIN..



Siapakah pasangan pilihan yang anda rasakan berhak untuk memenangi Peraduan Gerbang Cinta?
  • Izuddin Salleh & Qistina Nazri (13.0%, 1,247 Votes)
  • Afandi Isa & Nurfairuz Aina Kohar (13.0%, 1,244 Votes)
  • Faizul Azmi Abd. Razak & Noriedayu Norhashim (13.0%, 1,240 Votes)
  • Ashraff Azhari & Nurul Shafeeni Hamdan (13.0%, 1,238 Votes)
  • Faez Mokhtar & Annis Fadzreen Radzib (13.0%, 1,232 Votes)
  • Indra Mohd Zin & Norhidayah Adnan (9.0%, 881 Votes)
  • Akhbar Zakaria & Nurliyana Ahmad (9.0%, 848 Votes)
  • Zamizar Zakaria & Nursheilla Saida Abdullah (6.0%, 548 Votes)
  • Rizal Ali & Ainul Farha Ramli (5.0%, 513 Votes)
  • Shahril Ismail & Shah Rizul Irza Zulkiply (4.0%, 421 Votes)
tu jer yang mampu aku capai..alhamdulilah...pastu kita tgk update yang dorang kawin ok...daaaa... :)

                                                                                                                                                                  to be continue.....

Friday 13 April 2012

GERBANG CINTA UTUSAN MALAYSIA (episod 3)

salam sumer..hai hai hui.....kita contiunue lagi ya citer pasal gbc ni...entah berapa episod agaknye..lau tulis panjang-panjang nanti takde orang lak nak baca kan..jadi aku  citerla by episod episod k.

lepas dah terpilih top 10 tu..kitaorang kena ada photoshot n breifing untuk tarik minat orang luar untuk mengundi kitorang.,..kena buat blogla..kena wat tugasan luar untuk orang luar tau yang ada pertandingan ni...

.
 
 ni gambar aku dan suami masa tu kitorang tunangan.


 
gambar di utusan malaysia 16 nov 2009


 
gambar bersama penaja-penaja yang hebat.. 

 
 top 10 finalis.. 


bila keluar jer muka kat surat kabar masa tu bermula la kami punya projek nak cari undian..tapi memag susahla..banyak dugaan dan rintangan yang kitorang tempuh..pada yang banyak melemparkan fitnah..kami dah maaf korang-korang sumer..diakhirat nanti Allah akan balas setimpalnyer..amin..

nanti kita sambung next episod k...daaaaa


Thursday 12 April 2012

GERBANG CINTA UTUSAN MALAYSIA (episod 2)

salam sumer,huhuhuhuhu....... :)..kita sambung lagi k story about gbc okeh..

lepas dah terpilih 25 peserta tu..dorag contact aku untuk di interview..masa nak pergi interview tu aku baru habis final exam kat UITM..terus jer g interview tu dengan pakai baju kurung tanpa sebarang preparation..haha..sampaila kat pejabat Utusan Malaysia..masa tu dalam hati Allah je tau..takut..gembira..eh..sume adalah..

gambar ni masa aku dan suami di interview..leh gelak lagi tuh..

macam-macamla yang dorang tanya..lebih kurang macam program kat ASTRO RIA tu " serasi bersama" tu..tapi interview ni berjalan dengan lancar.. kitaorang jadi diri kitaorang sendiri..i'm not plastik okeh....tak nak pura-pura..Alhamdulilh rezeki berpihak pada kami lagi..kami terus disenarai TOP 10...SYUKUR ALHMDULILAH...

 by en.fayz..

Berikut adalah senarai penuh, 10 pasangan yang berjaya ke peringkat akhir. Kepada mereka yang tidak berjaya, kami memohon beribu kemaafan. Kepada yang berjaya kami ucapkan setinggi tahniah. Kepada yang berjaya, sila persiapkan diri anda untuk menghadiri sesi “briefing” dan fotografi pada esok hari (Ahad, 8 November 2009) pada pukul 8.30 pagi di pejabat Utusan Malaysia, Jalan Lima, off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur. Keputusan penganjur adalah muktamad.
  1. NURSHEILLA SAIDA ABDULLAH, TAMAN CHERAS INDAH, KUALA LUMPUR
  2. NURUL SHAFEENI HAMDAN, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
  3. ANNIS FADZREEN MOHD RAZIB, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
  4. INDRA MOHD ZAIN, KAJANG, SELANGOR
  5. NORIEDAYU NORHASHIM, TEMERLOH, PAHANG
  6. NURLIYANA AHMAD, PETALING JAYA, SELANGOR
  7. AINUL FARHA MD RAMLI, SEKINCHAN, SELANGOR
  8. SHAH RIZUL IRZA ZULKIPY, KUALA LIPIS, PAHANG
  9. QISTINA MOHAMAD NAZRI, PUCHONG, SELANGOR
  10. MOHD AFANDI MOHD ISA, KAJANG, SELANGOR
                                                                                                                        

                                                                                                               to be continued...


Monday 9 April 2012

GERBANG CINTA UTUSAN MALAYSIA (episod 1)

ehem....ehem....bermulanya cerita aku masuk peraduan gerbang cinta musim pertama anjuran utusan malaysia sisipan mega thn 2009...entahla tiba-tiba jer hati ni terdetik nak join contest ni..contest khas utk orang yang dah bertunang sahaja dan berpeluang memenangi tajaan perkahwinan....

aku pun hantarla borang peraduan,syarat-syaratnya..kita perlu mengumpul minima 20 keping head utusan malaysia,3 keping gambar dan kita harus membuat slogan ok..korang sumer nak tau slogan ape yang buat..sampai sekarang aku ingat okeh...yela slogan wat sendirikan mau tak ingat...ceewah-ceewah..

 "SAYA DAN TUNANG INGIN MEMENANGI PERADUAN GERBANG CINTA KERANA KAMI MENGIGAUKAN DEKORASI PERKAHWINAN YAANG TERSOHOR, MENAKJUBKAN SERTA MEMPERSONAKAN LAKSANA MAHARAJA DAN MAHARANI DARI KAYANGAN." 

meletup tak akunye slogan...ahahahah :) mungkin sebab slogan yang gempak kot aku dapt..lau ikutkan akunye borang pernyertaan..biasa-biasa jer hanta pakai pos ekspress jer....ada peserta yang lain memamg respect r aku dengan dorang..siap dekorasi tu....mungkin rezeki berpihak pada aku dan suami masa tu..ALHMDULILLAH..


antara penyertaan yang gempak okeh...

selepas pemilihan dibuat..keluarla 25 senarai pendek untuk ditemuduga daripada lebih 10,000 penyertaan...

Keputusan 25 Semi-finalis Peraduan Gerbang Cinta

  1. SHAHRIL SHAHRIZAL MD SHUKRI, Kuala Kangsar, Perak
  2. NORHAYATY MOHD SHARIFF, Kuantan, Pahang
  3. ZAMNORASHIKIN ROSLAN, Seremban, Negeri Sembilan
  4. AHMAD KHAIRUDDIN HJ KAMARUDDIN, Kluang, Johor
  5. MOHD AZRI ARIFFIN, Kluang, Johor
  6. NURSHEILLA SAIDA ABDULLAH, Taman Cheras Indah, Kuala Lumpur
  7. NURUL SHAFEENI HAMDAN, Port Dickson, Negeri Sembilan
  8. NORAZLIN ABD TALIP, Gemas, Negeri Sembilan
  9. MOHD HAFIDZ ARIFFIN, Bandar Baru Bangi, Bangi, Selangor
  10. MUHAMAD YUSOF MUHAMMAD NOOR, Ampang, Selangor
  11. NORHASLINDA TALIP, Sri Kembangan, Selangor
  12. ANNIS FADZREEN MOHD RADZIB, Seremban, Selangor
  13. INDRA MOHD ZAIN, Kajang, Selangor
  14. NORSHUHANA MAT SAAD, Subang Jaya, Selangor
  15. NORIEDAYU NORHASHIM, Temerloh, Pahang
  16. ZAID ZAMREE, Pasir Gudang, Johor
  17. NURLIYANA AHMAD, Petaling Jaya, Selangor
  18. AINUL FARHA MD RAMLI, Sekinchan, Selangor
  19. SHAHRIZUL IRZA ZULKIPLY, Kuala Lipis, Pahang
  20. QISTINA MOHAMAD NAZRI, Puchong, Selangor
  21. MOHD AFANDI MOHD IDA, Kajang, Selangor
  22. MADINA MUSTAPHA, Sri Kembangan, Selangor
  23. UMI NORHIDAYAH ABD. SHUKOR, Kuantan, Pahang
  24. ASHRAFUL SHAFIQ ABDUL MANAF, Petaling Jaya, Selangor
  25. NORHIDAYAH MUHAMAD, Kajang, Selangor..........
nampak tak yang highlight merah tuuu.....nama akukan..masa tu hati ni Allah jer yang tau...

                                                                                                                              

                                                                                                                    to be continue...

ABPBH 2011 aaron aziz

memang yang aku jangkakan AARON AZIZ akan merangkul anugerah berprestij ini..aku pun ada undi dia..huhuhu :)...tahniah buat aaron aziz kerana berjaya mengetepikan juara tahun lalu shahiezy sam dan calon-calon yang lain..tahniah sekali lagi...

dapt kereta nissan teana tu...best-best...





SENARAI PEMENANG ABPBH 2011

Bintang Paling Popular – Aaron Aziz
Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz
Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin
Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz
Penyanyi Wanita Popular – Yuna
Pelakon TV Lelaki Popular – Fizz Fairuz
Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular – Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah
Artis Komedi Lelaki Popular – Johan Raja Lawak
Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias
Artis Baru Lelaki Popular – Johan Ariff As’ari
Artis Baru Wanita Popular – Tasha Shilla
Pengacara TV Lelaki Popular – Zizan
Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana

Anugerah Khas:

Anugerah Seri Perak – Datuk Siti Nurhaliza
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Datuk Sheila Majid

Friday 6 April 2012

❤ pertunangan vs perkahwinan ❤

erm...diam-diam dah setahun setengah aku kawin, rasa macam sekejap jer..bila nak kawin tru rasa lambat sangat nak majlis..tapi dah kawin begitu pantas masa berjalan..n tak sangka pulak aku dah anak seorang..alhmdulilh..syukur atas rezeki yang Allah bagi..

hari ni aku nak kongsi dengan korang sumer gambar-gambar aku bertunang pada 18.10.2009 yang lalu dan berkahwin pada 02.10.2010..sudi-sudila tengok yer..nanti aku akan story kat korang sumer pasal peraduan gerbang cinta musim pertama anjuran utusan malaysia..



ni gambar masa bertunang..tema pink purple...




ni pulak gambar masa kawin..tema grey di rumah ku..n merah putih di rumah suamiku...

dah setahun lebih kawin macam malu pulak nak terkenang masa majlis dulu..tapi perkahwinan bukan diukur pada majlisnyer..perkahwinan diukur selepas majlisnyer...

okla..nanti aku continue dengan ceritera aku masuk peraduan gerbang cinta anjuran Utusan Malaysia k..musin pertama..

daaaaaaaaaa....jumpa lagi.. :)

Thursday 5 April 2012

door gift kawin

salam sumer..hari ni aku nak idea korang cikit untuk doorgift wedding abang aku yang no.2 nanti bulan 11 ni..pening jugak kepala aku memikirkan..nak bgi cawan..masa aku kawin dulu dah bagi dah..habis ape yerk nak bagi..Nila orang lelaki, senang jer nak kawin sumer bagi atas urusan adik perempuannya..bukan door gift jer yang aku kena cari..hantaran jugak aku kena buat..tapi tak kisah..ada jugakla pengalaman buat hantaran ni..dari aku bertunang kawin sampaila ke abang aku yang sulung..ni turn untuk yang no.2 pulok dah..ish..ish..takper-takper..itu sumer sumbangan yang dapat aku menyumbangkan...aku ada berkenan satu door gift ni..tapi untuk orang sebelah jer k..orang biasa yang datang dah ada dah...aku suke sangat tapi takut abang aku tak berkenan pulok..erm..tu yang cari idea ni nak bagi door gift untuk VVIP ,,huhuhu :)

aku suka sangat door gift ni..

nantila aku pikir-pikirkan sumela camner yerk..lau yang ada idea tu sumbang-sumbangkanla yer...
daaaaaaa...jumpa lagi..

Wednesday 4 April 2012

Spaghetti Daging Tomato

Bahan-Bahan: 
 ½ paket spaghetti
500 gram daging cincang
250 gram tomato puri
250 gram sos tomato
 250 gram bawang besar dipotong dadu
250 gram buah tomato dicincang
200 gram mentega (butter)
Garam secukup rasa  

Cara:
  •  Spaghetti direbus.
  •  Apabila spaghetti sudah lembut, masukkan sedikit mentega, kacau dan toskan airnya. Panaskan periuk dan cairkan mentega.
  •  Masukkan daging cincang. Kemudian dikacau hingga empuk. 
  • Kemudian masukkan bawang besar dan kacau.
  •  Masukkan tomato yang dicincang dan kacau hingga sebati. 
  • Masukkan tomato puri dan kacau rata. 
  • Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air.
  •  Biar hingga mendidih. 
  • Apabila kuah mendidih, masukkan sos tomato dan kacau perlahan - lahan. 
  • Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Biar hingga masak.

 Tambahan: 

 Minyak zaitun juga boleh digunakan bagi mengelakkan spaghetti daripada melekat. Caranya apabila spaghetti sudah ditoskan airnya, ambil sedikit minyak zaitun dan masukkan ke dalam spaghetti dan ratakan hingga kena pada semua spaghetti.

Punca sakit leher, belakang

Kira-kira 80 peratus orang dewasa pernah alami sakit leher dan belakang.

Secara perubatan, leher dan bahu terdiri daripada otot, tulang, saraf, arteri dan salur darah, begitu juga ligamen dan struktur sokongan lain. Banyak keadaan yang boleh menyebabkan sakit leher dan belakang khususnya kawasan sekitar bahu. Ada yang mengancam nyawa seperti serangan jantung dan trauma serta keadaan lain seperti bebanan. 

Perlu diketahui, antara tabiat buruk menyebabkan sakit belakang:
  • Gemar membongkok ke depan dan beralih ke kiri dan kanan ketika mengangkat atau menarik sesuatu.
  • Membongkok ke depan dan ke bawah ketika bekerja.
  • Perjalanan yang jauh tanpa berhenti rehat.
  • Berdiri terlalu lama.
  • Membawa barang yang beratnya tidak seimbang.
  • Duduk membongkok di kerusi.
  • Membongkokkan badan ketika batuk atau bersin.
  • Memakai kasut bertumit tinggi. 
  Petua elak sakit belakang
  • Tidur di atas tilam spring; letakkan papan di atas dasar tilam.
  • Elakkan diri daripada ketegangan yang boleh menyebabkan sakit belakang.
  • Kekalkan kedudukan susuk badan (posture) yang baik ketika duduk dan berdiri.
  • Apabila mengangkat barang, tegakkan belakang anda dan bengkokkan lutut saja.
  • Pelajari senaman yang boleh membaiki pergerakan dan kedudukan susuk badan anda.
  • Jika memandu, anda perlu berhenti dan berehat seketika atau keluar dari kereta setiap 90 minit.
  • Bagi wanita, pakai kasut bertumit rendah.
  • Luangkan sedikit masa untuk berehat dan elakkan daripada terlalu banyak membuat kerja yang membebankan untuk jangka waktu yang lama.
  • Pegang objek yang berat rapat ke badan anda.
  • Apabila duduk di kerusi, pilihlah tempat duduk yang dapat mengampu seluruh paha anda dan biarkan kaki anda lurus ke bawah dan memijak lantai atau bangku kecil dengan selesa.


Cara rawatan di rumah:
  • Tuam dengan ais atau benda sejuk di bahagian yang sakit untuk selama 15 minit. Jika ini tidak mendatangkan kesan, balut botol air panas dengan tuala dan tuamkan ke bahagian yang sakit. Jangan menggunakan haba pada hari pertama anda terseliuh atau tegang otot.
  • Berehat di atas tilam yang padat dan agak keras yang diletak di atas lantai untuk selama 24 jam. Baring mendatar dengan mengampu lutut di atas bantal.
  • Jangan mengangkat barang yang berat dan elak daripada duduk, membongkok dan memandu terlalu lama.
  • Dapatkan nasihat daripada mereka yang terlatih dalam bidang penjagaan belakang mengenai senaman yang sesuai untuk mengatasi masalah ini.
  • Dapatkan khidmat jurupulih anggota dan ahli kiropraktor untuk membantu anda mencegah kecederaan daripada berulang.

Sunday 1 April 2012