salam sumer..hari ni aku nak kongsi cikit dengan u ols sumer cara-cara eratkan hubungan suami isteri..jom kita layan tips-tips kat bawah k..
Jadi seorang yang kelakar
(Jgn jadi seorang yang sot sot sudahlah :) )
Seorang yang kelakar amat mudah untuk didekati disebabkan perasaan senang terhadap sikap seseorang itu. Begitu juga di dalam perhubungan, ia dapat membantu untuk meredakan ketika situasi tegang, membantu untuk mengelakkan perkelahian, dan melupakan sebentar tekanan yang sedang dihadapi.
Sekiranya diamalkan sikap yang serius, formal, cuba menunjukkan sifat kematangan yang terlampau dan sebagainya, sesuatu hubungan itu akan menjadi bosan dan ini akan menghasilkan jurang komunikasi antara pasangan itu.
Ciuman
(Yang ni just buat yang dah kahwin, yang belum kahwin jangan gatal2 nak buat yek. Dapat surat nikah dulu. Kalau tak, nanti dapat surat DOSA pula)
Ciuman akan menambahkan lagi keintiman pasangan. Tunjukkan rasa hormat anda pada isteri/suami dengan memberi ciuman kepada mereka. Walaupun perkara ini adalah mudah, tetapi ramai pasangan yang sudah lama berkahwin tidak mengamalkannya.
Disebabkan faktor mudah inilah kadang-kadang dapat dilihat hubungan pasangan yang sudah lama berkahwin itu menjadi tidak mesra. Tetapi ada juga pasangan tua yang sudah lama berkahwin tetapi masih lagi romantik. Ini disebabkan tindakan asas yang telah diterapkan dalam diri sejak awal lagi. Kemesraan di dalam hubungan perlu dipupuk dan ia tidak datang dengan sendirinya.
Disebabkan faktor mudah inilah kadang-kadang dapat dilihat hubungan pasangan yang sudah lama berkahwin itu menjadi tidak mesra. Tetapi ada juga pasangan tua yang sudah lama berkahwin tetapi masih lagi romantik. Ini disebabkan tindakan asas yang telah diterapkan dalam diri sejak awal lagi. Kemesraan di dalam hubungan perlu dipupuk dan ia tidak datang dengan sendirinya.
Pelukkan..
Pelukkan adalah satu cara kita memasukkan ion-ion positif dalam diri kita..pelukkan juga dapat menenangkan diri kita..banyak sumber menyatakan pelukan seorang suami pada isteri akan menambahkan dan mengeratkan lagi hubungan antara suami dan isteri selain itu akan mencas semula ion ion positif dalam diri kita.kan orang selalu cakap cukup kasih sayang..kurang kasih sayang..macam2la..jadi bila cukup kasih sayang tkdela buat benda yang bukan-bukankan..betul tk..jadi suami or isteri lepas ni jangan lupa peluk antara satu sama lain yer..contohnye masa nk pergi kerja ker..kursus ker..itu akan menambahkan lagi ingatan dan kemesraan kita dengan suami kita.
selamat beramal n daa jmp lagi.. :)
No comments:
Post a Comment