CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 29 March 2012

Petua eratkan hubungan suami isteri..

salam sumer..hari ni aku nak kongsi cikit dengan u ols sumer cara-cara eratkan hubungan suami isteri..jom kita layan tips-tips kat bawah k..

Jadi seorang yang kelakar
 
 (Jgn jadi seorang yang sot sot sudahlah :) )
 

Seorang yang kelakar amat mudah untuk didekati disebabkan perasaan senang terhadap sikap seseorang itu. Begitu juga di dalam perhubungan, ia dapat membantu untuk meredakan ketika situasi tegang, membantu untuk mengelakkan perkelahian, dan melupakan sebentar tekanan yang sedang dihadapi. 
Sekiranya diamalkan sikap yang serius, formal, cuba menunjukkan sifat kematangan yang terlampau dan sebagainya, sesuatu hubungan itu akan menjadi bosan dan ini akan menghasilkan jurang komunikasi antara pasangan itu.
 
Ciuman

(Yang ni just buat yang dah kahwin, yang belum kahwin jangan gatal2 nak buat yek. Dapat surat nikah dulu. Kalau tak, nanti dapat surat DOSA pula) 
 

Ciuman akan menambahkan lagi keintiman pasangan. Tunjukkan rasa hormat anda pada isteri/suami dengan memberi ciuman kepada mereka. Walaupun perkara ini adalah mudah, tetapi ramai pasangan yang sudah lama berkahwin tidak mengamalkannya.
Disebabkan faktor mudah inilah kadang-kadang dapat dilihat hubungan pasangan yang sudah lama berkahwin itu menjadi tidak mesra. Tetapi ada juga pasangan tua yang sudah lama berkahwin tetapi masih lagi romantik. Ini disebabkan tindakan asas yang telah diterapkan dalam diri sejak awal lagi. Kemesraan di dalam hubungan perlu dipupuk dan ia tidak datang dengan sendirinya.
 
Pelukkan..

 

Pelukkan adalah satu cara kita memasukkan ion-ion positif dalam diri kita..pelukkan juga dapat menenangkan diri kita..banyak sumber menyatakan pelukan seorang suami pada isteri akan menambahkan dan mengeratkan lagi hubungan antara suami dan isteri selain itu akan mencas semula ion ion positif dalam diri kita.kan orang selalu cakap cukup kasih sayang..kurang kasih sayang..macam2la..jadi bila cukup kasih sayang tkdela buat benda yang bukan-bukankan..betul tk..jadi suami or isteri lepas ni jangan lupa peluk antara satu sama lain yer..contohnye masa nk pergi kerja ker..kursus ker..itu akan menambahkan lagi ingatan dan kemesraan kita dengan suami kita.

selamat beramal n daa jmp lagi.. :)

Wednesday 28 March 2012

Jeruk Mangga

Jeruk Mangga


sesuai untuk ibu mengandung tanpa bahan pengawet..
Bahan-bahan ( seisi keluarga )
  • Mangga muda
  • Air biasa
  • Garam
  • Gula
  • note :- kuantiti bahan ikut kesesuaian

Cara-cara

  1. Buah mangga di potong mengikut kesuaian. kemudian bilas dengan air dan toskan.
  2. Larutkan garam didalam air. boleh juga guna air panas sekadar untuk melarutkan garam sahaja, bila garam dah larut bolehlah dicampur dengan air biasa. rasakan kemasinannya. jangan terlalu masin
  3. Masukkan mangga yang telah dipotong ke dalam balang @ bekas yang bersesuaian n masukkan air garam hingga menutupi paras buah, tutup bekas tersebut. Peram sehingga mangga betukar warna (1@2 hari)
  4. Bila mangga dah betukar warna toskan airnya n bilas dengan air biasa. kemudian gaulkan mangga dengan gula secukupnya dan disimpan dalam peti sejuk, keesokannya dah siap dinikmati.
selamat mencuba yer..

Tuesday 27 March 2012

nama anak-anak..

MUHAMMAD AISYI BIN MOHAMAD ASHRAFF

kita sebagai ibu bapa pasti nak letak nama anak kita nama yang glamor-glamorkan...ada tu sampai 3 4 nama..kita harus tau..setiap pangilan tu mempunyai maksud yang tersendiri..untuk nama yang panjang-panjang tu terpulang pada masing-masing kerana itu hak tersendiri..sebelum kita meletakkan nama pada anak-anak kita haruslah melihat maksud yang tersembunyi disebalik nama yang akan diberi kepada anak kita.Jangan tersalah letak nama anak jin pulak yang kita letak nanti..
kat sini aku nak kongsi cikit dengan korang nama yang elok maksudnya tapi JIN gemar sangat letak nama anak dia dengan nama ni..
contohnya..

  • Balqis, 



  • Qistina, 



  • Batrisyia, 



  • Erisya (Arisya), 



  • Dzakwan, 



  • Najwa




  • jadi hati-hatila sebelum kita meletakkan nama anak kita yang comel-comel tu..
    untuk melihat nama-nama yang indah dan maksudnye jom kita jenggah nama-nama anak dalam islam k...

    sekiranya anak -anak kecil kita asyik menangis jer dan kebetulan nama dia tersenarai pulak doh kat atas tu panggil la dia dengan panggilan lain k..sama-sama kita kongsi ilmu..huhuhu :)..jmp lg..daaa

    Monday 26 March 2012

    kenali bayi anda..

    KENALI BAYI ANDA


    1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya. 
     
    2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.
     
    3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan

    4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut. 

    5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

    6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

    7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

    8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya. 

    9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

    10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel

    16 Fakta Menakjubkan Tentang Bayi Baru Lahir


     Info Kesihatan Bayi dan Kanak-Kanak
    16 Fakta Menakjubkan Tentang Bayi Baru Lahir

    1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan

    2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

    3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

    4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

    5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
    6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

    7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

    8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

    9. Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

    10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

    11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

    12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

    13. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

    14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

    15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

    16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

    telatah aisyi n ayahnyer...

    nila harian seorang ayah dengan anknye bila baru balik keje..si ibu pulak merakamkan aksinya..


    rindu dengan telatah si kenit ni..

    kenangan paling terindah..

    salam sumer..tgh dok sorang2 ni..teringat pulak kenangan masa aku bersalin pada 11.11.2011 pukul 1.11am thn lepas..kejap jer dah 4bulan lbh aku melahirkn seorang bayi yang sangatla comey...pada mulanya aku tkla berapa sakit n terasa nk bersalin..sebenrnya cmni ctenye pukul 12.30am 10.11.2011 tu aku terasa knp perut aku ni mcm sakit n mengeras..aku pun buat tk tau jela..coz tk sakit sgt n boleh tahan..sampai esok pagi aku rs skt mcm tu tp cikit2la..suami aku nak bawa aku pergi hospital..tp aku ni dah naik jemu pergi hospital..dok dalam wad lame2 tapi bersalinye tidak..jadi aku amik keputusan tak nak pergi..aku rasa aku belum lagi nak bersalin..ikutkan due datenye 27.11.2011 jadi tak suspectla nak bersalinkan..masuk petang macam tu aku terasa makin sakit n makin kerap..aku tahan lagi coz aku rasa macam belum nak bersalin lagi..sblm2 n i pun aku selalu rasa sakit macm tu..tu yang buat tk tau jer..para2 ibu2 mengandung..waktu kehamilan 7-9bulan kita ada sakit nk bersalin yang palsu tau..jangan tertipu..tapi aku selalu tertipu..tu yang asyik masuk wad jer..haahahah :)...menjelang maghrib sudah..aku dah mula rasa lain macam..tapi tanda2 tkde..suami aku kata jomla pergi hospital..aku pun pasrah jer..tp dalam masa tu aku masih berdegil lagi..aku kata nanti dok hospital lame2 tapi tk bersalin..dia kata kita pergi jer..nanti jadi ape2 kt hospital..aku ikt jela..aku tk rasa skt sgt..aku rasa skt mcm biasa2 jer..sampai je kt hospital..aku bagitau nurse yang bertugas,perut aku skt n masa tu jugak aku dh tk leh berdiri tegak..aku terus membongkok coz masa tu aku dah rasa skt..nurse pun suuh aku masuk bilik pemeriksaan dia check dh 5cm jalan dh buka..terus air ketuban aku dipecahkan dan aku ditolak masuk ke dalam dewan bersalin..di situla bermulanya seorang ibu bertarung nyawa untuk melahirkan anaknya..masatula cik jijah kita datang memberikan kata2 semangat pada aku..jom kita tgk entry dia yang bercoleteh tentang saat aku melahirkan ank aku..aku keluar dari dewan bersalin pukul 2.30 pagi n aku terus call suami aku yang dh balik coz pak guard tu kata tk boleh tunggu..n dia datang dengan adik aku yang bongsu n terus azankan putera sulung kami....masa tu tergambar macam riak wajah dia dh bergelar sorang ayah...

    4jam selepas kelahiran



     wajahnya masa berusia 4hari

    masa kena jaundise..cian ank ibu..hari yang ke-7

    sekarang ni..inila dia wajah kesayangan hamba..

    sekian..teringat kenangan paling manis dalam hidup..daa. jmp lg..
    dah pandai jelir lidah kt ibu yer..

    Friday 23 March 2012

    kawin???

    salam sumer..hari ni aku berangkat balik melaka untuk menghadiri majlis kawin kawn ofis dulu..dok sebelah lagi tu masa kt PTG Melaka kt kaunter..akhirnyer ke jinjang pelamin jgk dia..mcm2 dugaanla yg dia hadapi..akhirnyer hidupnye akn btmbh ceria setelah menjadi isteri nanti..perkahwinan ini bukanla satu perkara yang mudah..kita kena pandai atasi segala ape jua yang datang untuk kebahgiaan kita dalam rumah tangga..Hari aku nk kongsi dengan korang masalah2 yang biasa orang alami dalam rumah tangga dan cara mengatasinya...

    • masalah kerja
    • masalah dengan ibu/ ayah mertua
      masalah kewangan
    • masalah ketidak sefahaman
    • masalah orang sekeliling...
    eh...macam2 masalah lah lau aku nk tulis tkkan habis..ape2 pun berbalik pada nawaitu kita masa kawin dulu..kita kawin kerana aper..cb kt tgk link ni yang cik jijah kita penah tulis kita kawin kerana ape..
    ape yang berlaku sumernya adalah ketentuan tapi kita kena ingat..yang baik datang dariNya..n yang buruk datang dari diri kita sendiri..jom kita layan amalan yang patut kita buat

    Amalan untuk mengelakan rumah tangga kita bercerai berai adalah.
    1. sebelum masuk rumah baca BISMILLAHHIRAHMANIRAHIM 3X
    2. bagi salam
    3. langakah dengan kaki kanan dulu k...
    tau tk kenapa kt kena amal benda ni..coz..setiap pintu rumah yang kita masuk ada syaitan or jin yang tunggu kt pintu rumah untuk menghasut kita (suami isteri) bergaduh sehingga terjadi cerai berai..Nauzubillah min za lik..pokok pangkal kita kena yakin dengan ALLAH..

    sekian..daaaa jmp lagi,


    Monday 19 March 2012

    aisyi dan kolamnya..

    hai sumer..hari ni aku nk tunjuk kt korang aktiviti anak kesayanganku yang comel tu...smlm bkn main seronok dia mandi kolam dia..dia memang ske main air...ape lagi jom kt layan gelagat dia mandi kolamnya...


     ibu..aisyi malula..





    seronok btl dia main air..nila sebahagiaan gmbr dia mandi kolam petang smlm..syg ank ibu.... :)

    Sunday 18 March 2012

    pokadot..

    ni corak yg terbaru yg baru jer siap..khas utk bju yang bercorak bulat or pokadot..


    corak ni dekat lengan..i will updated bl dh siap yg len k..

    menu hari ini..nasi ayam...

    salam sumer...hari ni aku nk kongsi cikit dengan korang menu aku hari..bosan2 ni kn..kebetulan blk umh mk aku jadi aku pun ckpla ngn mak aku..jom masak nasi ayam hari ni..erm2..sedap2...aku pun dengan pntasnye siapkn pe yg patut bhan2nyer...aku nk kongsi cikit r korang resepi nasi ayam ni k..aku byk blajar melalui internet..senang jer..tulis pe yg kt nk masak..terus kuar menu..bgus jgk zaman it ni..tp jangan salah gne k...kita layan menu hari ni...
    • Untuk rebus
    • -1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
    • - 2 ulas bawang putih
    • - 2sm halia yg diketuk
    • Untuk perap
    • >1 sudu besar kicap pekat
    • >1 sudu besar sos tiram
    • >1cm halia
    • >2 ulas bawang putih
    • >sedikit kicap cair
    • Untuk nasi
    • - 5cwn beras
    • - 3 sudu besar butter
    • - 1cm halia- ditumbuk
    • - 4 ulas bawang putih -ditumbuk
    • - air rebusan ayam tadi secukupnya
    • - sedikit garam.
    • Bahan sos
    • > 5biji cili merah
    • > 5 ulas bawang putih
    • > 2cm halia
    • > 1 sudu teh cuka, garam, gula
    • > 1/2 cawan air
    • Untuk sup
    • @lebihan air rebusan ayam
    • @1 biji bawang besar kisar
    • @rempah sup
    • @garam
    • @daun sup yg dihiris.

    Cara-cara

    1. Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk
    2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.
    3. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.
    4. Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
    5. Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.
    jeng2..siap sudah nasi ayam aku untuk mkn tghr ni..sementera tunggu kepulangan suami dari blk keje..cbla..resepi ni memg sedap sgt..daa jmp lg.. :



    Wednesday 14 March 2012

    PRODUK-PRODUK DCL

    di sini ada produk2 DCL yg sememangnya terbaik utk kt yg beragama Islam yg sentiasa memastikan produk yg kt pkai tu HALAL dan BERSIH..tiada keraguan dengan barangan DCL kerana pengasasnya adalah org Islam sendiri..tk perlu cari testemoni,aku sendiri pakai produk ni..memg bgus sgt2..terutamanya BIDADARI, QSHE, AMAZING,STOKIN D NIFI, NU CELL dan ADUKA..memg sgt berkesan..di bawah ada produk2nya boleh tgk n baca kelebihannya..
    BIDADARIMembina karisma wanita dari dalam
    Komposisi ramua semulajadi seperti madu asli, kacip fatimah, manjakani, akar serapat, jarum emas, sireh, serai, kurma dan lain-lain herba terpilih, khusus untuk wanita bagi membantu:

     Masalah keputihan dan senggugut
    Membina dan mengecutkan rahim
    Mengecutkan otot dan menyempitkan faraj
    Menguatkan sistem kemutan
    Merangsang seksual dan memberi kepuasan kepada suami
    Menambahkan kolagen dalam badan
    Mencantikkan kulit dan seri wajah
    Menegangkan payudara dan punggung
    Merawat luka dalam perut dan pembedahan
    Membekalkan tenaga segera

    RM77.00 (W.M)
    RM84.00 (E.M)


    Q-SHEUntuk kulit, payudara dan punggung yang menawan
    Rumusan Pueraria Mirifica gred terbaik yang digunakan secara meluas di Jepun dan Eropah untuk tujuan meningkatkan saiz payudara. Dirumus khas untuk meningkatkan dan mengaktifkan kolagen dalam kulit bagi mengatasi masalah kulit kering dan berkedut. Kesannya, kulit akan tegang dan lembut, payudara pejal dan pinggul yang menarik tanpa kesan sampi...ngan.

    RM68.00 (W.M)
    RM75.00 (E.M)
     
    ADUKAMinuman berfungsi semulajadi untuk lelaki
    Aduka merupakan minuman berfungsi yang dirumus khas untuk lelaki bagi mengembalikan daya dan ketahanan. Mengandungi komposisi tongkat ali, akar ginseng, ubi jaga, sireh, ekstrak kurma dan lain-lain. Berkesan bagi membantu:
    Tonik segera untuk tenaga lelaki
    Melancarkan perjalanan darah
    Menstabilkan tekanan darah
    Menguatkan sistem imun
    Melegakan sakit urat dan pinggang
    Kaya dengan bahan anti oksida
    Membantu awet muda
    Mengurangkan tekanan mental
    Mengelakkan masalah kardiovaskular
    RM79.00 (W.M)
    RM86.00 (E.M)

    D’NIFI adalah Stokin Bertenaga Bio (Berteknologi Nano dari Jepun) diperbuat dari kain kapas berkualiti premium dengan reka bentuk yang selesa dipakai. Ia mengandungi BIO-SERAMIK yang mengeluarkan pancaran INFRA MERAH JARAK JAUH dan BERION NEGATIF.

    FUNGSI D’NIFI
    Membunuh kuman dan mencegah pertumbuhan bakteria.
    Menyerap peluh.
    Mencegah bau busuk dan gatal kaki.
    Menuteralkan radikal bebas dalam tubuh.
    Meningkatkan kadar oksigen dalam tubuh.
    Membantu melancarkan peredaran darah.
    Membantu memperoleh tidur yang berkualiti.
    Meningkatkan kesihatan tubuh.
    RM 49.50 (E.M)

    Amazing berwajah baru kini di pasaran dgn harga spt berikut :

    WM RM47.50/ EM: RM51.50

    Diilhamkan daripada kitab-kitab perubatan tradisional, yang membantu membina kembali usus dan imunisasi badan. Gabungan madu asli herba-herba terpilih di dalamnya juga mampu memberi perlindungan maksimum ke atas penyakit seperti masalah gastrik, luka dalam perut dan pembedahan, kelesuan, batu karang dan lain-lain.



     DR. SMILEPerlindungan & Pemutihan Gigi yang Terbaik-SUCI & MURNI.

    Senyuman manis anda bermula dengan Dr.Smile, kaya dengan khasiat sumber semulajadi yang diperakui mampu memberi perlindungan dan pemutihan gigi secara berterusan. Dengan kerap megamalkan penggunaannya, pasti nafas menjadi segar, gusi sihat, kuman kaviti di dalam mulut dapat dibasmi, menjadikan gigi lebih kuat dan bersinar. Gunak...anlah Dr. Smile tanpa keraguan kerana ia diiktiraf HALAL oleh JAKIM.

     WM: RM23.80  EM: RM25.50

     

     D-BLESS
    D-Bless adalah makanan berfungsi berasaskan perubatan homeopathy untuk membina dan merawat kesihatan secara menyeluruh. Ia mengandungi ekstrak daripada tumbuhan semulajadi dan bahan makanan mewah serta garam-garam tisu berasaskan Bio Teknologi yang telah teruji lebih 300 tahun yang dipelopori oleh Prof. Dr. Samuel Hahnemann (Pengasas Bio Teknologi – Homeopathy d...ari German – 1810) dan diakui di seluruh dunia amat berkesan dalam proses pembongkaran penyakit. Ia mampu mempercepatkan proses penyembuhan secara semulajadi. Juga berfungsi sebagai agen penahan sakit (pain killer) secara semulajadi tanpa kesan sampingan. Terbukti berkesan membantu masalah athma, migrain, batu karang, kencing manis, darah tinggi, lemah jantung dan strok.

    RM76.00 (W.M)
    RM83.00 (E.M)

     IONIC NUCIFERAKrim rambut dengan VCO & Tea Tree Oil
    Ionic Nucifera adalah krim rambut yang dirumus khas mengandungi Virgin Coconut Oil (Minyak Kelapa Dara), Tea Tree Oil dan ekstrak Teh Hijau. Amat sesuai bagi mereka yang mengalami masalah rambut yang jarang, berkelemumur dan rambut pecah. Ia juga dapat membantu menghitamkan, menguatkan dan menjadikan rambut anda bersinar.

    RM21.00 (W.M)
    RM22.00 (E.M)

     

     D-LAILA FANTASIAPerfumed Body Moisturizer
    Melembap, mengharum dan melembutkan kulit selama berjam-jam. Meresap ke dalam kulit dengan pantas, tanpa meninggalkan kesan berminyak. Kini kehadiran anda pasti menjadi perhatian.

     RM48.00 (W.M)
    RM52.00 (E.M)


     

     D~GNIUS / E~GNIUS
    Gangguan di dalam Central Nerve System (CNS) boleh menganggu sistem saraf dan fungsi organ-organ tubuh. D~Gnius dan E~Gnius merupakan rumusan homeopathy yang terbukti berkesan untuk membina otak serta membaiki CNS. D-Brain (kanak-kanak) dan E-Brain (dewasa) membantu:

    Membaiki CNS / mencerdaskan minda
    menguatkan daya ingatan
    Menjana minda kreatif
    Menambah tenaga mental
    Mengatasi masalah stress
    Mengatasi masalah pelupa
    Menenangkan fikiran

    RMRM48.00 (W.M)
    RM53.00 (E.M)

     

     Nig’ELLAEkstrak Habbatussauda’
    Bahan semulajadi yang ajaib dari ekstrak habbatussauda (bijirin hitam) secara perahan sejuk (bukan suhu panas). Habbatussauda’ telah digunakan turun temurun juga menjadi amalan kesihatan di zaman Rasulullah. Diiktiraf sebagai herba terbaik dunia dan digunakan bagi membantu:

    Membekalkan vitamin dan mineral untuk badan
    Mampu membunuh kuman dan anti kanser
    Mengenyah larutan dalam badan seperti asid urik, deposit garam dan larutan organik danvolatile
    Masalah kulit seperti kudis, kurap, luka dan gatal-gatal dan merawat luka terbakar
    Sebagai antibiotik semulajadi
    Membantu merawat masalah lumpuh
    RM45.00 (W.M)
    RM49.50 (E.M)

     

     SUSU KOLES-GENUntuk kekebalan melawan penyakit dan anti penuaan
    Susu Koles-Gen merupakan gabungan susu IGG dan Kolegen yang amat berkhasiat untuk kesihatan seluruhnya dan membina sel anti-penuaan. Susu IGG (Kolostrum-Susu awal lembu 100% dari New Zealand) telah lama terbukti meningkatkan sistem imun badan (kekebalan menghadapi serangan penyakit) disamping meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan.... Penambahan kolagen di dalam Susu Koles-Gen DCL mampu meningkatkan sistem anti-penuaan dengan merawat sel-sel kulit dan membina sel-sel baru bagi menggantikan sel-sel yang telah mati.

    RM98.00 (W.M)
    RM103.00 (E.M)


    SOFEA SKIN ESSENTIALSet penjagaan wajah berkualiti mewah
    Set 4 dalam 1 (Enzyme Cleanser, Firming Toner, Enriching Night Revival dan Day Revival SPF30) dirumus khas dariepal dari spesis Utwiler Spatlauber yang tumbuh di sekitar tasik Zurich. Buah epal ini dianggap sangatluar biasa kerana masih kekal segar walaupun sudah berminggu-minggu gugur daripada pohonnya. Ini adalah disebabkan oleh sel-sel ...anti penuaan yang kaya di dalam epal jenis ini yang menjadijawapan kepada semua masalah kulit dan telah memenangi Anugerah Bahan Kosmetik Terbaik Eropah 2008.

    RM398.00 (W.M)
    RM428.00 (E.M)

     

     LOVE HYGIENE WASHUntuk wanita yang mementingkan kebersihan dan kesucian
    Love Hygiene Wash mengandungi bahan aktif termasuk ekstrak Kacip Fatimah, Manjakani, Minyak Zaitun dan lain-lain bahan yang amat sesuai untuk mencuci, membersih dan menghilangkan bau alat kelamin wanita. Ia juga dapat menghindarkan bakteria dan kulat bagi mengelakkan jangkitan dan masalah keputihan yang menjadi punca pelbaga...i masalah wanita. Ia juga mengandungi haruman yang menawan.

    RM25.00 (W.M)
    RM27.00 (E.M)
     Thoyyib adalah produk penjagaan diri berasaskan aromaterapi yang dikomposisikan dengan ekstrak Nigella sativa (Habbatus sauda), minyak kayu putih, serai wangi, lada hitam, Peppermint dan lain-lain herba terpilih.

    Thoyyib sangat berkesan mengatasi masalah-masalah berikut;
    • Pening kepala
    • Melegakan sakit kepala & migrain
    • Kembung perut
    • Sakit dada
    • Sesuai untuk tujuan mengurut
    • Terseliuh
    • Kebas hujung jari
    • Selsema
    • Tegang urat leher
    • Batuk
    • Untuk kesegaran semasa memandu.
    RM 26.00 (W.M)
    RM 28.00 (E.M)

     

     SERBUK PENCUCI SA9Pakaian anda menjadi lebih bersih, lebih harum
    Serbuk pencuci yang dirumus khas untuk mengatasi kotoran degil dan mengandungi enzim bagi mencegak kerosakan fabrik dan karat. Menyerlahkan warna dan membunuh bakteria. Pakaian begitu bersih dan harum semerbak. Amat sesuai untuk merendam pakaian dengan kotoran degil. Amat sesuai untuk cucian mesin atau cucian tangan.

    RM17.80 (W.M)
    RM19.50 (E.M)

     

    DIABEHERBMinuman berfungsi ajaib – khabar gembira untuk penghidap kencing manis dan darah tinggi
    Kencing manis biasanya meninggalkan simptom seperti darah pekat yang sukar mengalir, kebas-kebas, mudah mengantuk, cepat dahaga, kerap kencing, kehilangan berat badan, lemah tenaga (termasuk tenaga batin), kabur penglihatan, kerosakan sel-sel kulit yang akhirnya menyebabkan luka dan kudis yang sukar ...sembuh. Diabeherb merupakan rumusan bahan semulajadi yang digunakan secara tradisional untuk memberi perlindungan maksima ke atas penyakit kencing manis dan darah tinggi, menambah tenaga, menghilangkan letih, melawaskan pembuangan air kecil dan melegakan sakit pinggang.

    Nu~clonz Digunakan secara tradisional untuk melawas buang air besar, melegakan sembelit yang ringan dan untuk mengurangkan berat badan.
    Elakkan pengambilan jika sakit perut, loya atau muntah. Pengambilan yang kerap atau jangka panjang boleh mengakibatkan kebergantungan kepada produk dan pengionan yang tidak seimbang.
    Dos: 2-4 biji kapsul 2 kali sehari pagi dan malam.

     WM: RM75.00 
     EM: RM81.00

    RED GUARA CAFEKopi abad ini. pasti berbeza

    Komposisi 3 bahan mewah utama – Guarana, Ubi Bit Merah dan Yis Beras Merah bersama Kopi Arabica dan krimer berasaskan soya untuk rasa hebat:
    Membekalkan tenaga segera dan mengatasi masalah kelesuan
    Mengenyangkan dan amat sesuai untuk proses menurunkan berat badan / puasa
    Membantu mengatasi masalah kolestrol
    Membantu mengatasi masalah athma dan pernafasan
    Membantu menstabilkan hormon
    Membantu menambah tenaga lelaki
    Pek Aluminium:
    RM25.80 (W.M)
    RM28.80 (E.M)
    Keistimewaan Nu Cell
    EKSTRAK KOMPAUN BIO-MARIN DAN 16 JENIS BUAH “BERRY”
    · Supplemen untuk sel induk (Stem Cell).· Acai Berry, salah satu daripada 16 jenis buahan beri· Kajian Dr. Nicholas Perricone – Acai Berry adalah Superfood anti-oksidan no. 1
     PROTEIN KOLAGEN - sumber marin
    · Membaikpulih tekstur kulit (menggebukan kulit) dan melambatkan proses penuaan· Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan· Mencantikkan dan menyuburkan kuku & rambut· Menegangkan payudara· Melangsingkan badan ketika tidur· Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi· Mengurangkan lebam bawah mata
      SERAT yang sangat tinggi – 100 kali serat biasa
    · Agen detox (nyah toksid)· 3 kali lebih hebat dari biasa· Pembuangan air besar secara lembut (tanpa memulas)· Menurunkan berat badan· Mengelakkan pelbagai penyakit.
    4. TRACE MINERAL
    · Selenium - anti kanser· Manganese - anti oksida· Magnesium - meningkatkan fungsi otot dan injap
    (membantu masalah jantung dan memaksimakan kelakian serta melambatkan ejakulasi).
     BIOGROW CALCIUM (Kalsium semulajadi organik)
    · Sangat baik untuk pertumbuhan tulang· Mengimbangi iodin dalam darah· Stabilkan fungsi kelenjar tiroid
    Nota : Pengambilan kalsium inorganik secara berlebihan boleh menyebabkab mendapan kalsium pada sesendi tulang dan gangguan pada imbangan iodin dalam darah, seterusnya menjejaskan fungsi kelenjar tiroid.
     ASID LEMAK OMEGA 3
    Mengurangkan LDL (Low Density Lipoprotein – Kolestrol jahat) - Penyebab utama Aterosklerosis (pengerasan ateri)· Meningkatkan HDL (High Density Lipoprotein – Kolestrol baik)· Melancarkan peredaran darah· Meningkatkan fungsi otak.
     KLOROFIL merangsang pembinaan hemoglobin (sel darah merah).
    Kaya dengan VITAMIN A, B, C, E dan B12
    · Meningkatkan fungsi kesihatan dan awet muda
    RM 89.00 (W.M)
    RM 96.00 (E.M)

    harga di atas tidak termasuk postage ye..kalau yang memang dh member pun boleh bli jgk dengan harga member..Bagi yang belum menjadi ahli..Sekarang ada PROMOSI iaitu dengan membeli 1 botol Bidadari  atau Aduka akan mendapat keahlian dengan PERCUMA.Biasanya RM50 untuk menjadi ahli..Sekarang ni PERCUMA...PROMOSI TERHAD..BILA JADI AHLI DAPAT BELI DENGAN HARGA MURAH..!!!

    UNTUK SEBARANG PERTANYAAN ATAU BELIAN SILA CALL OR SMS NO NI :
    017-6466219 / 012-9119394 SHAFEENI .SAYA BERADA DI KOMPLEKS D PUTRAJAYA N SENDAYAN SEREMBAN N.9..SILA CALL OR SMS DULU UNTUK PEMBELIAN BARANGAN.POSTAGE UTK ADUKA DAN BIDADARI ADLAH RM8 DAN LAIN-LAIN RM6 SETIAP BARANGAN.ALMAKLUMLAH BERATKAN SUMER BARANG-BARANGNYER..PENGHANTARAAN BY HAND TIDAK DISEDIAKAN.HARAP MAKLUM.
    

    manik manik n manik..

    Aku ni tkla pandai sgt menjahit manik..tp dh bykla yg aku jahit..ceh2..puji diri sendiri nmpk...wt yg agk2 simple jela yg aku mampu cz skng dh ada ank..tk sempat nk jahit yg crumble2 tu..yg simple pun jdla jnji cntk n menarik ko memg debom..kt bwh ni ada cnth2 manik yg aku jahit..yg terkinila..yg lme2 tu tkyhla tunjuk yer..








    nila yg aku mampu nk wt..nk cntk2 tu tkla pandai sgt..huhuhuh :)nt aku dh siap 2 helai bju lg aku upload k..adala 2 3 org kwn yg tempah..

    percutian di langkawi n penang

    salam sumer..hari ni aku nk kongsi dengan korang percutian aku n family aku dekat langkwi n penang..masa ni aku masih dalam cuti bersalin lagi..1week b4 naik keje...huhuhu :( dh lme cuti rs malas bangat kn naik keje..tu yang g jalan2 dulu...

    gambar ni ms ktorg bhneti rehat dekt perak...

    tgkla wajah c comey  ni..geram betul,kecik2 dh jln2..

    gambar ni ms kt bukit bendera..

    ni dekat pntai cenang..
    dorg naik cabel car..tapi aku n ashraff mlsla cz ktorg dh naik ms honeymoon dlu,..heeheheh :)

     ni dekat wildlife
    kaum adam....
     kaum hawa..
     
    balik time..bye2..langkawi..ada umur dtg lagi...
    mesti korang tertanya2kn mne ayh aku..dia tk dpt nk join skali coz keje..ktorg lepak kt sne seminggu jd dia tk dpt cuti..jadi tinggalla dia kt umh...sob..sob..