CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, 17 August 2012

sekat sikut..siput..

salam sumer...ya ALLAH dah sebulan lebih aku mengupdate blog ni...dh nk raye rupernyer...biasala kat ofis aku ni sekat sanelah..blok sanelah..hentah pe2 ntah...ni baru dpt buka coz sumer dh cuti...

Ape2pun aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN... nanti aku masukkan gambar manik2 yang telah siap aku jahit untuk lovely customer k...

hampir putus tangan aku beb jahit manik..

Wednesday, 11 July 2012

bandung..






insyaAllah bulan 2 tahun depan aku akan ke bandung bercuti bersama suami,anak dan kawan2..raye cina kan..pe lagi amik kesempatanla pergi jalan-jalan..

fara..yuni..siapkan wit banyak-banyak k..

Friday, 29 June 2012

my dream...

erm...asyik tengok agen travel yang pergi china jer..bila la impian aku ni akan tercapai untuk pergi melawat negara china...insyaAllah aku akan capai impian aku...nak bawa anak aku aisyi dan suami yang tercinta..jom tengok gambar yang menarik kat negara CHINA ni..



semoga Allah memakbulkan impian aku ni satu hari nanti..amin...

operasi telah bermula...

salam dan selamat pagi sumer..alhmadulillah..banyak jugak tempahan yang aku dapat..tapi aku hanya akan buat kalau aku rasa yang termampu,,first come first serve..ahahahah :)nila baju pertama yang aku sedang jahit..mane yang tengah tunggu baju siap tu jangan lambat sangat hantar yer nanti tak sempat pulak untie nak siapkan..huhuhu :)


baju ni ready mate..aku tambah cikit-cikit jer manik..baju anak kak jo..huda :)

Friday, 22 June 2012

jalan sakan...

salam sumer..sabtu lepas aku 1family dan family abang aku pergi shopping dekat sogo,jalan tar n ikea..memang best dan penat sangat..pergi saner buat aper??ape lagi shopping baju raya anak aku dan akula...duit macam air keluar..best sangat-sangat..jom tengok gambar kat bawah ni..

 ni kitorang pergi sarapan dekat tepi sogo tu..sementara tunggu sogo buka..

 model ikea..comenyer anak ibu ni..





kebetulan jumpa pulak sedara suami aku..ape lagi amik gambar dengan anak diala..

Wednesday, 20 June 2012

tempahan jahit manik..

 

salam sejahtera sumer..kepada yang berminat untuk menempah jahit manik bolehla hantar yer untuk hari raya nikan...contoh-contoh jahitan boleh ke beads collection    untuk tengok tempahan sebelum sebelum ni yer ..terima kasih..

cara simpan duit..

salam sumer..tengah duduk ni teringat pulak macamana  cara nak simpan duit..biasala dah nak raya ni asyik nak belanje jer..pening kepala ni...kat bawah ni ada tips-tips macamana nak simpan duit..jom tengok..

Pelajari bagaimana hendak melatih diri anda menyimpan wang.

Semua orang ada impian memiliki wang simpanan yang banyak di dalam akaun bank mereka. Namun, di sebabkan tidak ada bimbingan, kebanyakan orang akan alpa dan belanjakan semua wang tanpa menyimpan. Di dalam artikel ini,anda akan di ajar bagaimana melatih diri untuk menyimpan wang.

Langkah pertama : Setkan matlamat anda.


Kenapa anda ingin simpan wang? Adakah untuk persediaan hari tua? Adakah untuk di jadikan modal perniagaan ? Adakah untuk bayar installment kereta ? Adakah untuk beli rumah ? Anda perlu ada tujuan yang jelas kenapa anda ingin simpan wang, barulah anda lebih bersemangat. Adanya matlamat membuatkan anda rasa berharga jika anda berjimat dan menyimpan wang. Kalau boleh, tuliskan matlamat anda di kertas dan tampal di dinding bilik anda. Dengan ini, anda akan sentiasa focus kepada matlamat.

Langkah kedua : Tetapkan tarikh akhir.

Anda perlu ada tarikh akhir. Contohnya, anda ingin simpan RM30, 000 dalam masa 3 tahun untuk di jadikan modal perniagaan. Tarikh akhir anda perlulah realisitik dan tidak membebankan. Adanya tarikh akhir membuatkan anda lebih fokus untuk menyimpan.

Langkah ketiga : Tentukan sumber wang yang anda akan gunakan untuk menyimpan.

Ada sudah ada matlamat. Anda juga ada tarikh akhir. Sekarang, anda perlu ada wang untuk di simpan. Jika anda bekerja, sudah tentu gaji adalah sumber utama. Namun, jika anda dapati sumber dari gaji anda tidak cukup untuk mencapai matlamat anda, anda boleh cari kaedah alternatif seperti kerja atau berniaga secara part time sebagai sumber wang untuk dijadikan simpanan.

Langkah keempat : Rancang bajet.

Kenal pasti jumlah perbelanjaan seperti minyak kereta, barang dapur, isi rumah, bil utiliti, hiburan dan sebagainya. Peruntukkan wang yang mencukupi untuk kegunaan diri dan keluarga anda berdasarkan bajet yang anda rancang. Lebihan wang selepas di tolak hutang wajib bayar iaitu rumah dan kereta, peruntukkan bajet bulanan, anda masukkan ke dalam simpanan tetap anda.

Langkah kelima : Berjimat.
Melalui bajet bulanan yang anda rancang, anda cari cara untuk lebih berjimat supaya lebih banyak wang boleh di simpan ke dalam bank. Otak anda perlu ligat memikirkan cara untuk simpan wang, barulah anda akan nampak jalan hendak berjimat. Sentiasa set di dalam fikiran untuk membeli berdasarkan keperluan bukannya nafsu!

Langkah keenam  :  Sentiasa analisis perkembangan.

Berdasarkan matlamat yang telah anda tetapkan, anda sentiasa siasat perkembangan semasa wang yang anda simpan. Adakah anda akan berjaya capai matlamat sebelum tarikh akhir atau tidak ? Jika tidak sempat, cari punca dan baiki ia dengan cepat. Jika sempat,anda cari juga puncanya supaya anda boleh gunakan teknik tersebut di masa hadapan.



sumber : http://mursyidi.com/blog/pelajari-bagaimana-hendak-melatih-diri-anda-menyimpan-wang/

Tuesday, 19 June 2012

rindu pada suami....

erm...baru sehari pergi dah kursus hati ni dah rindu teramat sangat...suami aku pergi kursus dekat skudai johor..hari kamis nanti baru balik..sedeynyer...adik dan sayang rindu sangat-sangat dekat abang...


selamat berkursus sayang..jangan cuci mata yer..

Friday, 15 June 2012

majlis cukur jambul dan aqiqah muhammad aisyi bin mohamad ashraff

salam sumer..selamat pagi..hari aku nak kongsikan sedikit suasana majlis aqiqah dan cukur jambul putera kesayangan ku opada 01.06.2012 yang lalu..jom tengok...

                     orang marhaban                                                               kambing untuk diaqiqah                                  

                         rambut aisyi akan dipotong...




                                                                                                            sayangnyer anak ibu ..masa ni tengah demam

                                                                                                  atok abah potong rambut aisyi

                                  kira untung ke sayang... :)





                                                                                     majlis berendui

              masa ni lagu nazam dia memang sedih giler..nangis aku..
 



alhamadulilh..akhirnyer selesai sudah tanggungjawab kami sebagai ibu dan ayah aisyi untuk membuat majlis aqiqahnyer..amin...

Thursday, 14 June 2012

hospital...

salam sumer....lame betul aku tak update poskan..memang aqku sibuk sangat2..dua minggu lepas..anak masuk wad..kenduri aqiqah dan macam-macam lagila..wat masa ni aku kongsi dengan korang anak aku yang tersayang masuk wad..cian sangat kat dia..kisahnye nak pergi klinik pakar kanak-kanak dekat senawang tu nak minta ubat batuk jer..pastu doktor kata kahak anakku dah banyak jadi kena sedut dan bagi oksigen..

dia terus keluarkan surat dan aku pun hantarla anak aku ke hospital..yang lawak sangat anak aku leh gelak-gelak lagi..macam orang tak sakit tapi staff kat situ bunyi kat sirent macam ada kes kemalangan berlari sumer staff yang kat dalam kecemasan tu..uhhuhu :)..tapi bagus jugak dorang alert dengan kes macam ni..

ape lagi anak aku pun dimasukkan kedalam wad dan menerima rawatan selama 3 hari..hari selasa sampai kamis..

aku bergilir dengan suami menjaga anak aku..coz hari rabu pagi tu aku ada exam BITK dan terpaksa suami aku jaga anak aku dari malam selasa hingga ke tengahari rabu..

pukul 4 pagi hari kamis..aku mendapat berita buruk..atuk ku telah pergi buat selamanya...masa dia jatuh aku tak dapat balik kampung coz majlis aqiqah anak aku di kampung suami..baru aku cakap dengan suami nak balik kampung hari sabtu nanti nak tengok atok..tapi apekan daya kit hanya merancang Allah yang menentukan..Allah telah menjemput atok dulu sebelum sempat aku jumpa dia...isk..isk...isk...:(

waktu kebumi pun aku tak sempat jumpa coz anak aku keluar wad pukul 2,atok aku dikebumikan pukul 11pagi..jadi meamg aku langsung tak dapat jumpa atok aku...ku tahan air mata dari mengalir mata taip text ni...lepas anak aku keluar jer..aku terus ke melaka..aku hanya dapat hadiri majlis tahlil untuk arwah jer..

"atok..semoga atok ditempatkan digologan yang beriman dan atok tenang di sana..AL-FATIHAH buat atok..

aisyi masa dekat hospital..

Wednesday, 30 May 2012

cian anak ibu demam..

salam sumer..dah seminggu anak kesayangan ku demam...dah macam-macam tempat aku bawa..pergi hospital dah..pergi tradisional dah..banyakla..tapi alhmdulilh sekarang ni panas dia dah kurang cikit..cuma yang dia marah sangat selsema dan batuknye tu..mengangu betul nak tido dan menyusu..aku pun tinjau-tinjaula petua tradisional nak ikhtiar mana tahu elok pulak kan..aku daapt dekat sini...jom tengok..

moga anak ibu cepat sembuh..sayang aisyi :)


Monday, 28 May 2012

gerbang cinta utusan malaysia episod akhir..

salam sumer..betapa lama dah nak tunggu episod terakhir..akhirnye aku dapat jugak akhirkan cerita gbc ni..nak upload gambar payah sangat..huhuh :)..aku dapat hadirkan diri untuk pemenang kedua dan pertama jer..yang no.3 tu sory yer..tak dapat datang coz time tu aku tengah final exam dekat uitm..jom layan gambar yang dah 2 tahun aku snap..

 gambar aku yang tersemat di sisipan mega 16.11.2009..

 pelamin yang direka oleh Orked Bridal.

 my best fre,.aku pergi dengan dia coz masa tu suami aku kena keje..jadi aku bawa dia sebagai peneman ku.

 tahniah kak qis dan abg d dapat no.2

 barisan top 10 dan pemenang..


 JUARA GERBANG CINTA UTUSAN MALAYSIA..


 

 kali ni aku datang dengan suamiku..



 kak aina..

 abang fendi..


 tahniah sekali lagi untuk kak aina dan abang fendi..sekarang dorang dah ada baby boy..tak taulah dah ada yang no.2 ke belum???uhhuhuhu :)